Friday, 13 April 2012

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh. .

Tujuan hidup???? kemanakah tujuan hidup kita dan dimana?Persoalan yang senantiasa berada diminda.Saya rasa sangat terpegun melihat cerita kartun knak-kanak yang saya rasakan ia penuh dengan pengajaran meskipun cerita tersebut seperti virus yang melalaikan.Contohnya seperti kartun "Alice In The Wonderland".Satu diantara jalan cerita di antara kucing dan salah satu watak cerita tersebut iaitu Alice yang sangat menarik perhatian saya ketika melihatnya.iaitu,pada ketika Alice sedang berjalan,tiba-tiba muncul kucing kecil dan Alice berkata kepada kucing tersebut."Wahai kucing,kemana aku harus pergi?Kucing itu bertanya pula, "kau ingin pergi kemana? Alice menjawab,"aku tidak tahu". Kucing pun berkata,"berjalanlah di jalan yang mana sahaja.selama kau tidak mahu pergi kemana ,maka semua jalan adalah sama sahaja!!" Jadi,disini kita dapat lihat apa sebenarnya yang menjadi tujuan kita hidup di bumi bertuah ini.Saudara saudari  yang dikasihi Allah,apa yang kalian inginkan?adakah kalian menginginkan Allah s.w.t?InsyaAllah jalan kepadaNya sangat jelas.Berjalan lah di jalan Allah dan tentukan tujuan anda.Jika anda tidak tidak tahu apa tujuan anda,anda sama sahaja seperti kertas yang diterbangkan angin.Ia hanya akan berhenti jika tidak ditiup angin.Maka,tentukan hala tuju anda!Kerana masih belum terlambat.InsyaAllah.Sebagai renungan kita bersama,Sultan Muhammad Al-Fateh telah menakhluk kota konstantinopel iaitu Istanbul kerana beliau mendengar hadith Rasulullah s.a.w ketika para sahabat bertanya "wahai Rasulullah,kota manakah yang dibuka pertama kali,Kostantinopel atau Rom?Baginda menjawab ,"kota Hiraclius  yang pertama iaitu Kostantinopel.(HR.Imam Ahmad dan Ad-Darimi). Sultan Muhammad Al-Fateh juga mendengar hadith Rasulullah yang berbunyi,"Kota Kostantinopel akan ditakhlukkan,maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan itu." (HR. Imam Ahmad dan At-Thabrani).Kita membayangkan,seorang pemuda yang belajar di majlis ilmu,lalu mendengar hadith ini,segera menghafal Al-Quran ,menjauhi maksiat,mempelajari ilmu dan hidup untuk islam serta ditangannya kota kostantinopel ditakhluki dan menjadi sebaik-baik pemimpin.Subhanallah. .

Wednesday, 11 April 2012

Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh. .

Sebagai seorang daie yang baru belajar memang amat sukar.Tetapi,kalau difikir-fikir kembali,zaman telah berubah dan tidak sama seperti zaman para sahabat dan Rasulullah sendiri.Sedangkan para sahabat berusaha sedaya upaya belajar  ilmu Allah daripada Rasulullah walaupun mempunyai banyak halangan yang kadangkalanya menyiksa diri.Contohnya seperti sahabat Bilal b. Rabah yang disiksa oleh tuannya kerana diketahui dirinya telah memeluk agama islam.Begitu juga dengan sahabiyah Sumaiyah yang disuruh memilih iman atau kekufuran,zaman jahiliyah atau sinaran akidah.Kita sendiri dapat lihat, pada zaman-zaman begitu susah untuk mencari ilmu Allah dan hanya berpandukan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t.Nampak terlalu banyak jurang perbezaan dengan arus modenisasi kini.Tetapi,apa yang menghalang seseorang remaja itu untuk tidak berusaha mencari ilmu Allah?Sedangkan ilmu Allah itu luas dan terlalu jauh untuk diukur.Kita tidak ditindas malah kita tidak diabdi.Justeru,apa yang menghalang kita sebenarnya?Adakah berkaitan dengan duniawi ?Wahai remaja,jika tidak segunung cukuplah hanya sebukit ataupun segumpal ilmu Allah  yang ada dalam diri.Janganlah sampai kita disamakan seperti manusia zaman jahiliyah yang tidak tahu apa-apa.Yakinlah,setiap ilmu Allah itu ada gunanya kepada kita sebagai seorang remaja.InsyaAllah setiap apa yang kita pelajari dapat kita kongsi-kongsikan dengan rakan-rakan disamping menambah ilmu serta mendekatkan diri kepada Allah.Carilah ilmu Allah selagi termampu dan selagi hayat masih ada.Sampaikanlah ilmu yang ada walaupun sedikit,kerana apa yang kita tahu bukan milik kita tapi Allah s.w.t. .:)