Saturday, 14 July 2012

Assalammualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh. .
Rasanya dah lama tak update,hampir sebulan.insyaAllah just for sharing today.:) 


  #~ When children have knowledge of the deen, they can lead their parents to Jannah.~ 




Tak selalu kita dengar  ungkapan sedemikian.Tetapi di dalam senikata ungkapan tersebut terungkai satu makna.anak2 lah yang menjadi tali asas tunjang ibu bapa ke syurga Allah s.w.t.Anak2 merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan ibu bapa adalah permulaan bagi seorang anak.Kedua-duanya saling melengkapi .Tanpa ibu siapalah kita tanpa ayah dimanakah kit?.Kesimpulannya sebagai seorang anak,kita haruslah menyayangi mereka dengan seadanya walaupun didalam diri tersimpan sekelumit  perasaan marah,tidak puas hati,benci dan sebagainya atas sebab tertentu.Mungkin bukan niat mereka untuk menyakiti kita.sebagai manusia,kita tidak lari  dalam melakukan kesilapan.Even anak2 sendiri yang melakukan kesilapan dengan melukakan hati mak dan ayah.Tetapi pernahkah mak dan ayah bencikan anak2 mereka?Pernahkah mereka mengabaikan tanggungjawab mereka?Tidak.Tiada seorang pun ibu bapa yang melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.Ini kerana mereka yakin anak2 ini lah yang menjadi asset untuk mereka ke  syurga Allah kelak.Tetapi,adakah anak2 masa kini sedang memimpin tangan ibu dan ayah mereka ke syurga dengan menggunakan tarbiah yang mereka perolehi ataupun sedang memimpin mereka ke neraka?Renung2 kan. .






Menurut sumber yang saya perolehi,hampir 90 peratus ayah2 pada masa kini menjadi dayus secara tidak langsung mahupun secara langsung.Ini adalah kerana mereka meremehkan perkara2 yang kecil dan akhirnya akan memudaratkan diri mereka sendiri.Sebagai contoh,dengan membiarkan anak perempuan mereka keluar rumah tanpa menutup aurat  juga dikira sebagai dayus.Malah,membenarkan  anak perempuan keluar berdating dengan teman lelaki yang bukan mahramnya juga dikategorikan sebagai dayus.Apalagi jika membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia,mentor dan sebagainya boleh menyebabkan mereka tergolong dalam golongan dayus.MasyaAllah.kasihannya ayah kita terpaksa menanggung segala dosa2 yang kita lakukan malah dikategorikan sebagai DAYUS.Anak2 yang diharapkan menjadi batu loncatan untuk bertemu dengan Allah sebaliknya mengheret mereka sedikit demi sedikit ke neraka jahannam.Kesimpulannya sebagai seorang anak janganlah kita melakukan perkara yang boleh menyebabkan  ibu atau ayah menanggung derita di akhirat kelak.Tegar kah kita melihat mak dan ayah terseksa sedangkan kita hanya melihat dan enggan berubah.Sebaik2nya,doakan lah moga kita tergolong daripada golongan yang yang masih teguh memimpin mak dan ayah ke syurga Allah dan senantiasa berada di dalam tarbiah Allah.InsyaAllah.sesunggguhnya tidak sukar menjadi baik dan tidak susah menjadi jahat.wallahualam.we have dare to be different and change or never.