Tuesday, 10 September 2013

Hero of my life:)

Khas buat hero yang ada dalam hidupku selama 18 tahun :)
10 SEPTEMBER 2013'
Happy Birthday to you,
Selamat Hari Lahir,
Sanah Helwah man Abah,
Saengil chukae hamnida,
Jie nun shen ri kuai le.
Moga senantiasa di dalam jaga Allah selalu, Abah hero terbaik di antara berjuta hero yang ada:)
Walaupun kita dipisahkan dengan laut china selatan, u still are the best hero i ever had:)
Love u sooooo much Abah:)

Saturday, 27 October 2012

Assalammualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh:)

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.Alhamdulillah,semakin cepat masa berlalu.Tup2 tinggal 7 hari lagi nak ke medan pertempuran.Masa yang sangat kritikal untuk mengisi makanan jiwa ke dalam diri.Tapi. .insyaAllah,Allah kan ada^^
Just nak kongsi tarbiah yang saya perolehi dari usrah/halaqah minggu lepas.for my usrahmates,mimin and mira jom revise balik^^

SURAH AL-MASAD
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
BismillahBinasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! 

A002 Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
A003 Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
A004 Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
A005 Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. 

HURAIAN AYAT
diolah dari Tafsir Ibn kathir
Surah ini disebut juga surah Tabbat, surah ke 111, terdapat 5 ayat. Diturunkan di kota Mekah. Surah ini berkenaan kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukungnya bekerja keras. Ia mengenai cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasulullah dan keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta, usaha titik peluhnya dan anak-anaknya tidak berguna langsung buatnya bagi menyelamatkannya dari azab neraka.
Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,Wahai kamu semua, mari ke mari!Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkataJika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?
Mereka membalas,Ya kami percaya!Rasullah menyambung pula.Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran yang telah diutuskan kepada kalian semua sebelum tibanya hari pembalasan kelak.Maka Abu Lahab bersuara:Celakalah kau untuk ini sahajakah kamu kumpulkan kami semua.Maka Allah turunkan surah ini, surah Al Masad, binasalah kedua tangan Abu Lahab hingga akhir ayat. Dalam riwayat lain Abu Lahab berdiri sambil tangannya memegang debu pada tangannya dan berkata, celakalah hari kemudian mu Muhammad, hanya untuk ini sahajakah kau kumpulkan kami semua!
Ayat 1 ditujukan sebagai kata-kata yang mengecam Abu Lahab sendiri dan juga mengenai sifat Abu Lahab. Lelaki ini, Abu Lahab adalah salah seorang bapa saudara atau pakcik kepada Rasulullah. Namanya adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Nama panggilan biasa adalah Abu Utaybahdan dia hanya dipanggil Abu Lahab adalah disebabkan kecerahan wajahnya. Dia sering menyakiti Rasulullah. Dia sangat membenci dan menghina Rasulullah Muhammad dan agama islam yang diajarkan baginda. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Az Zinad bahawa seorang lelaki dari Bani Ad Dil, pernah berkata kepada Imam Ahmad bahawa melihat Rasulullah pada zaman Islam masih lagi asing sewaktu di pasar Zul Majaaz dan baginda telah berkata.Wahai manusia, katakanlah tiada disembah melainkan Allah dan kamu pasti berjaya!
Semua orang telah mengelilingi baginda dan di belakang baginda ada seorang lelaki dengan wajah yang cerah, ….squint dan braid in his hair…lelaki itu berkata:Sesungguhnya dia ini (Muhammad) seorang yang murtad (dari agama kita) dan seorang penipu!
Lelaki ini sentiasa mengikuti baginda kemana sahaja baginda pergi. Maka, saya mula bertanya kepada khalayak, siapakah lelaki yang mengikuti baginda, mereka menjawabLelaki itu adalah pakciknya, Abu Lahab!
Ayat 2 Allah menerangkan segala usaha dan anak pinak Abu Lahab, tidak akan memberi manfaat dan hasil yang baik kepada Abu Lahab. Berhubung ayat ini, Ibnu Mas’ud menjelaskan ayat ini bersangkutan dengan dialog Abu Lahab terhadap panggilan Rasulullah kepada kaumnya untuk tauhid, lalu Abu Lahab menjawabJika benar apa anak saudaraku itu (Muhammad) katakan, aku akan tebus diri di akhirat nanti dengan kekayaan dan anak-anakku.
Ayat 3 menjelaskan Abu Lahab akan dimasukkan ke dalam api yang membakar
Ayat 4, isteri Abu Lahab, Ummu Jamil adalah ketua golongan wanita Quraisy yang berpengaruh. Namanya yang sebenar adalah Arwah binti Harb bin Umayyah, adik kepada Abu Sufyan. Dia ini amat menyokong tindakan suaminya dan kepercayaannya. Disebabkan itu dia menjadi penolong kepada hukuman dan balasan terhadap suaminya sebagaimana Allah dalam ayat 4 ini bahawa dia membawa kayu bakar yang mana kayu-kayu yang diangkatnya menjadi pembakar suaminya di akhirat dan dia juga akan dilakukan seperti itu juga, dibakar dalam neraka. Di lehernya, terdapat rantai yang tersimpul daripada Al Masad, rantai besi yang panas. Diceritakan Ummu Jamil, isteri Abu Lahab selalu menaburkan duri pada jalan laluan harian Rasulullah.
Suatu hari, Ummu Jamil ini telah keluar ke khalayak berdekatan Kaabah dan menjerit:Muhammad itu mengutuk moyang kita, dan agama kita, juga suruhannya itu mengkhianati kita.
Sambil ditangannya ada seketul batu.
Ketika itu, Rasulullah sedang duduk dekat dengan Kaabah dan Abu bakar juga bersamanya. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil makin hampir, dia berkata kepada Rasul:Wahai Rasulullah, dia datang ke sini dan aku bimbang dia akan nampak engkau!Sesungguhnya dia takkan dapat melihat aku.Kemudian baginda membaca ayat Quran sebagai pelindung sebagaimana dipesan Allah dalam surah 17 surah Al Isra’ ayat 45 yang bermaksud:Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya Kami adakah antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, suatu dinding yang tertutup.Maka apabila Ummu Jamil tiba sahaja di hadapan Abu Bakar, dia langsung tidak melihat Rasulullah. Sedangkan Rasulullah hanya di sebelah Abu Bakar ketika itu. Ummu Jamil tika itu berkata,Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan kawan kamu itu (Muhammad) telah mengucapkan syair yang buruk mengenai aku.Tidak, demi tuhan rumah ini (Kaabah) baginda tidak berbuat begitu padamu.Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang tawaf (mengelilingi) Kaabah sambil berkata:
Sumpahan akan terkena pada orang yang berkata buruk.

KEMANISAN IMAN
  • mencintai Allah dan Rasulnya.
  • tidak mencintai seseorang melebihi cintanya kepada Allah dan Rasulnya.
  • tidak berpatah balik kepada kekufuran yang lampau. 
#manis ukhuwah berasaskan iman yakni perhubungan yang erat kerana Allah Taala. 
SURAH AL KAUSAR
  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ  
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
 Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu dan berkurbanlah. 
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ 
 Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah)
HURAIANNYA

Di dalam mukadimah surah 108 ini, dinyatakan dua pandangan yang bertentangan tentang zaman dan tempat nuzul surah, sama ada di Makkah atau di Madinah, masing-masing mempunyai hujah dan alasan kuat.  Tafsir ini berpandangan nuzulnya di Makkah lebih kuat lagi kerana ayat-ayatnya pendek, iramanya menyentuh jiwa, sebutan perkataannya lembut, tetapi bidasannya tajam sesuai dengan propaganda kaum musyrikin yang melemparkan berbagai-bagai tuduhan terhadap Nabi saw.  Uslub surah sama dengan usulub surah-surah Makkiyah yang lain dan isu propagandanya jelas dikekang adat Jahiliah. Atas dasar nuzulnya di Makkah tafsir ini mengambil pendekatan untuk mentafsirkan tiga ayat seterusnya.

Anugerah dan Kesyukuran

Surah yang mengandungi tiga ayat yang pendek ini membicarakan nikmat anugerah Allah kepada Nabi Muhammad saw.  Antara nikmat yang agung  ialah al-Kawthar, iaitu sebuah kolam yang sangat istimewa di syurga. Persoalan yang dibangkitkan di sini ialah adakah Nabi yang dianugerahkan al-Kawthar itu  boleh disifatkan sebagai abtar terputus keturunan dan tidak dikenang lagi selepas kwafatannya atau mereka yang bencikan Nabi Muhammad itu sebenarnya yang terputus dan tidak dikenang orang.  Nabi saw bersyukur kepada Allah atas nikmat yang melimpah-limpah ke atasnya, lalu baginda bersolat dan berkorban dan suluruh umatnya juga di kehendaki bersyukur dan sedia berkorban atas penganugerahan nikmat yang besar itu kepada Nabi Kita Muhammad saw.

(108: 1)           Anugerah nikmat al-Kawthar adalah bukti bahawa Nabi saw sebenarnya  penyelamat umat dan pembawa barakah yang tetap dikenang selama-lamanya.
[108: 1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat yang banyak.

Perkataan  كَوثَرْ dari segi bahasa ertinya sangat banyak. Ia diambil daripada perkataan  الْكَثِير ertinya banyak.   Orang Arab sering menggunakan perkataan dalam bentuk ini bagi menunjukkan bilangannya banyak seperti  نَوفَلْ  yang diambil daripda perkataan نَفْل ertinya banyak tambahan.  Perkataan جَوهَر  diambil daripada perkataan   جَهْر ertinya sangat nyaring.Banyaknya nikmat yang dimaksudkan dengan perkataan al-Kawthar membawa erti banyaknya  nilai yang memenuhi semua tempat dan kawasan, bahkan pada liku-liku hidup baginda dan umatnya dilimpahi nikmat itu.  Baginda serbagai seorang Rasul dianugerahkan zuriayt yang salih dan berpanjangan, kemudian dianugerahkan pula  umat yang besar,  ramai dan membanggakan hingga menjadi  sebutan yang baik di sisi Allah dalam majlis yang dihadiri para malaikat dan seterusnya dianugerahkan syafaat dan kolam air di mana padanya baginda mengalu-alukan kedatangan umatnya sebagai tetamu Allah sebelum mereka dibawa ke syurga.Sayyid Qutb telah memilih erti yang terbaik dariopada beberapa erti al-Kawthar  apabila menyebutkan ertinya ialah sebuah sungai di dalam syurga yang dikurniakan kepada Rasulullah saw, erti ini juga didukung oleh Abdullah ibn Abbas dalam riwayatnya yang menyatakan al-Kawthar ialah nikmat yang melimpah-limpah, termasuklah sebuah sungai di dalam syurga. Tafsiran ini sangat munasabah dengan keterangan al-Qur`an[900]. Justeru perbezaan Mufassirin tentang al-Kawthar hanya pada sebutan bukan pada mafhum al-Kawthar yang sebenarnya.  Berikut ini disebutkan sebahagian daripada erti al-Kawthar yang begitu banyak:Al-Kawthar menurut pendapat `Aishah, Ibn Umar, Ibn `Abbas dan Ja`far al-Sadiq ialah sebatang sungai di syurga. Menurut `Ata` dan Anas ibn Malik al-Kawthar ialah sebuah kolam yang dianugrah Allah kepada Nabi Muhammad saw dan juga tempat Nabi saw menyambut kedatangan umatnya sebelum di bawa ke surga. Ibn Abbas, Sa`id ibn Jubayr dan Mujahid berpendapat al-Kawthar ialah kebajikan yang melimpah ruah.  `Ikrimah berpandangan al-Kawthar ialah  nubuwwah.  Al-Hasan al-Basri berpendapat al-Kawthar ialah al-Qur`an. Abu Bakr ibn `Ayyash berpendapat al-Kawthar ialah ramainya sahabat dan pengikut.  Sebahagian besar ulama dan Mufassirin pula berpendapat  al-Kawthar ialah ramainya zuriat dan keturunan[901].  Sebahagian Ulama meneruskan bilangan erti al-Kawthar hingga 26 erti. Bagaiamanapun pendapat yang arjah al-Kawthar ialah sebatang sungai di syurga seperti yang diriwayat Ibn Abbas.

Dalam hadis meriwayatkan daripada Anas ibn Malik, katanya: Sabda Nabi saw.  Tatkala aku diangkat ke langit, lalu aku dibawa ke sebatang sungai,  di tepai sebelah kiri dan kanan sungai itu ada beberapa kubah yang  kosong, lalu aku bertanya Malaikat Jibril:  Apakah itu wahai Jibril?  Jawabnya: Itulah kolam al-Kauthar jawab Jibril.[902]

(108: 2) Nikmat-nikmat tidak dirasai sepenuhnya tanpa mengenali siapa penerima dan siapa pemberi nikmat.  Seseorang yang tidak mengenali Allah bukan sahaja tidak mampu bersyukur, tetapi berusaha memusnahkan nikmat yang diterimanya, lalu rosaklah keamanan yang salama ini melimpah ruah, musnahlah kesihatan yang dipelihara dan hancurlah perpaduan yang selama ini terjalin erat.

[108: 2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.

Al-Qur`an dan kerasulan Nabi Muhammad saw adalah dua nikmat yang besar kerana menerusi nikmat ini manusia terpimpin ke jalan yang lurus, jalan hidup yang sejahtera di dunia dan akhirat.  Tetapi mungkinkah orang yang tidak mengenali Allah akan mengikuti bimbingan Nabi Muhammad dan pedoman al-Qur`an?   

Jalan yang dipimpin al-Qur`an ialah jalan salat dan zakat.  Jalan ini meluruskan hubungan antara manusia dengan Tuhannya, zakat pula melicinkan hubungan mereka dengan manusia.  Justeru Allah berfirman supaya menunaikan salat dan berkorban.

Semakin bertamabah sembahyang dan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang hamba Allah, semakin erat  pula hubungannya dengan Allah dan semakin bertambah pula nikmat yang diperolehi hingga diungkapkan nikmat itu dengan al-Kawthar.

Kebanyakan mufassirin menyatakan maksud sembahyang di sini ialah sembahyang hari raya haji, manakala korban pula maksudnya ialah sembelihan korban. Ada pendapat menyatakan sebahyang itu ialah sembahyang Subuh di Muzdalifah dan ada juga pendapat mengatakan semua sembahyang fardu. Ibn Kathir mentarjihkan sembahyang hari raya dan sembelihan korban[903].  Ini kerana sabda Nabi saw riwayat al-Bara Ibn `Azib ra katanya:

خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ‏‏ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَوْمَ النَّحْرِ ‏ ‏بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَالَ ‏ ‏مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا ‏‏ وَنَسَكَ ‏‏ نُسُكَنَا ‏ ‏فَقَدْ أَصَابَ ‏‏ النُّسُكَ ‏ ‏وَمَنْ ‏‏ نَسَكَ ‏قَبْلَ الصَّلَاةِ فَتِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ فَقَامَ ‏ ‏أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ لَقَدْ ‏ ‏نَسَكْتُ ‏ ‏قَبْلَ أَنْ أَخْرُجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَعَرَفْتُ أَنَّ الْيَوْمَ يَوْمُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَتَعَجَّلْتُ فَأَكَلْتُ وَأَطْعَمْتُ أَهْلِي وَجِيرَانِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏‏ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏تِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ فَقَالَ إِنَّ عِنْدِي ‏ ‏عَنَاقًا ‏ ‏جَذَعَةً ‏ ‏وَهِيَ خَيْرٌ مِنْ شَاتَيْ لَحْمٍ فَهَلْ تُجْزِئُ عَنِّي قَالَ نَعَمْ وَلَنْ تُجْزِئَ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ[904]

       Terjemahan: Rasulullah saw. menyampaikan khutbah kepada kami pada hari raya korban selepas menunaikan sebahyang hari raya, lalu bersabda:  Sesiapa menunaikan sembahyang seperti sembahyang kita dan menyembelih korban seperti korban kita, maka betul korbannya.  Sesiapa menyembelih korban sebelum sembahyang maka sembelihan itu hanya  untuk di makan dagingnya.  Lalu bangun Abu Burdah Ibn Niyar dan berkata:  wahai Rasulullah!  Demi Allah Sesungguhnya aku menyembelih korban sebelum keluar untuk menunaikan sembahyang, aku tahu bahawa hari ini ialah hari menjamu selera dengan makan daging.  Sabda Nabi:  Kambing kamu itu ialah kambing untuk makan dagingnya sahaja.  Abu Burdah bertanya lagi:  Sesungguhnya aku mempunyai seekor lagi anak kambing yang aku sayanginya, bolehkah aku korbankannya?  Sabdanya:  Boleh untuk kamu sahaja tetapi tidak boleh untuk orang selainmu

            Tafsir Pedoman berpandangan, apa pun yang di maksudkan dengan salat dan korban di sini membawa erti pernyataan syukur atas nikmat al-Kawthar yang disebutkan di dalam ayat pertama dahulu.  Demikian juga dengan korban, sama ada bermaksud korban yang dilakukan pada hari jemaah haji berlumpul di Mina atau lain-lain, fungsinya sama sahaja iaitu menyucikan hati supaya tulus kapada Allah.

(108: 3) Nikmat al-Kawthar yang dianugrahkan kepada Nabi saw itu sungguh banyak dan besar.  Nabi saw pernah dikepong dan menghadapi cubaan untuk dibunuh, sahabat-sahabatnya diseksa, namun hari demi hari menyaksikan musuh-musuh Nabi Muhammad itu sebenarnya yang abtar  atau semakin pupus.
[108: 3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus.

Perkataan  شَانئ ertinya musuh yang sangat marah.  Perkataanأبْتَرْ  ertinya terputus keturunan atau terputus kenangan selepas kematiannya. Orang yang memusuhi Nabi ialah mereka yang mendustakan kerasulannya, menolak dakwahnya, tidak beriman kepada Allah, Rasul dan hari Akhirat, Mereka ini jauh dari rahmat Allah, terputus dari nur dan hidayat, hidupnya sia-sia dan menunggu kebinasaan.Beberapa riwayat menyatakan orang yang dikecam dengan penurunan ayat ini ialah  al-`As ibn Wa`il, atau `Uqbah ibn Abu Mu`ayt, atau Abu Jahl atau Abu Lahab  kerana mereka mengaibkan Nabi saw dengan kematian dua anak lelakinya, iaitu al-Qasim dan Abdullah, baginda tidak mempunyai anak lelaki selain mereka, dengan itu keturunan Nabi daripada anak lelaki terputus atau disebut mereka dengan abtar.  Ini adalah satu keaiban pada mereka meurut tradisi Jahiliah.  Riwayat ini kalau pun sahih, ia menunjukkan surah diturunkan ketika mereka berbincang isu ini.  Riwayat itu tidak bermakna menjadi sebab turunnya ayat berkenaan kerana tujuan turunnya surah ini jauh lebih besar dari tujuan menjawab tuduhan beberapa musyrikin Quraisy yang suka bermain dengan isu yang remeh temeh ini, walapun kaum Quraisy memandang besar kepadanya.


Kolam Nabi di Akhirat

Allah swt memuliakan Nabi saw di Akhirat lalu menganugrah kepadanya al-Hawd (kolam) yang  begitu besar, airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih wangi dari kasturi, gayungnya lebih banyak dari bintang di langit. Sumber air ini datangnya dari sungai al-Kawthar yang dianugrah kepada Nabi di syurga. Nabi bersabda: “Sesiapa meminum seteguk airnya, tidak akan dahaga buat selama-lamanya”.
Ulama berbeza pendapat tentang di mana tempatnya.  Al-Ghazali dan al-Qurtubi menyatakan tempatnya sebelum menyeberangi titian al-Sirat.  Mereka berhujah dengan alasan ada ahli neraka  yang ditangkap ketika sedang menyeberangi sirat untuk dibawa ke neraka. Andainya al-Hawd selepas menyeberangi al-Sirat nescaya tiada tangkapan lagi.Ibn Hajar menzahirkan mazhab al-Bukhari, al-Hawd berada selepas menyeberangi al-Sirat kerana al-Bukhari menyebut hadis-hadis al-Hawd selepas hadis-hadis al-Shafa`ah. Pendapat al-Ghazali dan al-Qurtubi lebih arja.

Pengajaran dan Saranan.

1:Allah memberi nikmat yang begitu besar kepada nabi Muhammad s.a.w.  sama ada di dunia dengan nikmat al-Quran atau diakhirat dengan nikmat sungai al-kawthar.
2:Nabi s.a.w. diperintah menunaikan sembahyang sama ada yang fardu atau yang sunat, semata-mata kerna mengharapkan keredaan Allah.
3:Pendusta-pendusta terhadap Nabi saw tidak mendapat sebarang keberkatan di dunia dan akhirat.  Kematian mereka memutuskan segala-galanya, nama mereka tidak dikenang dan tiada sebarang tinggalan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.
4: Kerja-kerja dakwah kepada kebenaran dan kebajikan tidak putus kerana ia sentiasa mempunyai pertalian yang kukuh dengan Allah Yang Maha Hidup dan  Maha Kekal. Hanya kebatilan dan kejahatan sahaja yang terputus, walaupun dalam sesetengah keadaan kelihatan umurnya panjang dan akar-akarnya menunjang jauh.
5: Keterangan yang berulantg-ulang tentang menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang-binatang korban dan pengharaman makan binatang-binatang yang disembelih bukan atas nama Allah menunjukkan betapa besarnya perhatian agama Islam terhadap pembersihan pemikiran  dari kesan-kesan syirik dalam segala bentuk dan rupanya.
NOTA KAKI:
  • Surah Al Kausar diturunkan selepas surah ke 100.surah Al Adiyat.
  • Rasulullah pengsan semasa menerima surah ini.
  • Surah ini diturunkan untuk menenangkan Rasulullah setelah kematian ketiga2 anak lelakinya iaitu Ibrahim,Abdullah dan Kassim
  • Nikmat Allah kepada Rasulullah ialah: 
  • Agama islam sebagai agama pembuka dan penutup
  • Kenabian
  • Risalah yang benar yakni Al Quran yang membawa kebaikan dan
  • Kebaikan dunia dan akhirat
ANAS BIN MALIK

Anas bin malik adalah anak angkat kepada Rasulullah.merupakan golongan ansar di madinah.Menjadi anak angkat kepada Rasulullah sejak berusia 10 tahun sehingga lah kewafatan Rasulullah.Ibunya,Ghumaisyo' menyerahkan Anas kepada Rasulullah tanda bukti cintanya kepada Rasulnya.Rasulullah memberi gelaran Unais kepada Anas.Anas juga dikenali sebagai Al Anshori. Hari yang menjadi kenangan dan memggembirakan bagi Anas adalah sewaktu kedatangan Rasulullah ke Yathrib iaitu Madinah.
Doa murah rezeki dan panjang umur. (Dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA)

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.
Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat
 banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.” 
NOTA KAKI:
  • Anas Bin Malik merupakan perawi hadis ketiga yang terbanyak.
  • Menjadi rujukan umat islam.
  • Menyampaikan apa yang disampaikan oleh Rasulullah.
  • Hari yang sedih baginya adalah sewaktu kewafatan Rasulullah.
ILMU TAUHID
Ilmu tauhid bermaksud ilmu Allah S.W.T iaitu ilmu yang mendedahkan kebatilan orang kafir dan kebenaran islam. Perkara yang dibahas di dalam ilmu tauhid ialah tentang enam rukun iman;
  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Kitab(Al Quran)
  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada hari Akhirat
  • Beriman kepada Qadak dan Qadar.
Mempelajari ilmu tauhid adalah wajib untuk umat islam yakni fardu Ain.Al Quran merupakan kitab tauhid yang terbesar.Tujuan ilmu tauhid dipelajari adalah untuk mengetahui tujuan hidup di dunia.

#semoga bermanfaat^^
 

Sunday, 16 September 2012

Assalammualikumwarrahmatullahiwabarakatuh. .^^

Usrah,bulatan gumbira,murobbiah/naqibah,mutarobbiah/anak2 usrah adalah elemen2 yang perlu ada dalam penghasilan sebuah bulatan yang sangat gummmmmbira.Same goes to me,without murobbiah siapa lah kami as a mutarobbiah.Pertemuan yang rasanya baru setahun setengah sudah dirasa seperti bertahun-tahun lamanya.Perasaan kasih sayang yang Allah hadirkan antara kami menguatkan lagi ikatan dalam diri kami.Terima kasih ya Allah atas peluang dan nikmat ini.saling mengenali dan saling mengingati antara satu sama lain menambah kan lagi kehangatan kasih sayang tambah2 lagi jika kasih sayang itu disuburi dengan benih keimanan.Buat murobbiah ku yang dikasihi. .

~my murobbiah yang dikasihi while her wedding~

Terasa bagai semalam kita bertaaruf,bertukar no. hp,makan bersama2,berqiyam bersama2 dan melakukan segala aktiviti juga bersama-sama.i really love that moment and now we will gonna miss it.Semoga kasih sayang yang terjalin di antara kita kekal selama-lamanya dan moga2 kita dipertemukan di syurga kelak.Dengan harapan Allah menyatukan kita semua dalam ungkapan doa.

~bersama murobbiah tersayang dan usrahmates terchenta~

Tanpa seorang murobbiah,Kami tidak mengenal erti sebuah keimanan,tanpa dirinya juga kami tidak tahu pengertian terhadap sebuah kegembiraan dan kasih sayang.Bahkan erti tarbiah yang selama ini kami lalui dalam diam juga melalui diri seorang murobbi.Tiada kata yang mampu dibait melainkan ratusan doa yang dihulurkan.Saat perpisahan adalah satu moment yang sangat2 menyukarkan.jelas terasa baur2 kesedihan mulai menyelembungi diri disaat menerima pelukan yang hangat dengan kasih sayang daripada murobbiah tercinta.Sungguh,perpisahan yang terjadi sangat menyeksakan.Tapi,3 bulan yang akan datang mungkin akan  mentarbiyahkan diri kami erti sebuah kesabaran dan juga kerinduan terhadap ukhuwah yang terjalin. 

~great hug from my beloved murobbiah~

 Subhanallah. .sungguh,kerinduan terhadap ukhuwah yang terjalin serius sangat hebat penangannya:)Ya Allah,semoga ukhuwah ini tetap utuh dan tabur kan lah benih2 kerinduan agar kami senantiasa saling mengingati serta mendoakan antara satu sama lain.moga2 ukhuwah fillah yang terjalin till jannah.insyaAllah.Semoga Allah mempertemukan kita kembali:) We will miss u sis!!! love u lillahi ta'ala.  A lots of love and hug. .^^

~my awesome murobbiah~

JUST FOR U SIS. .
~Nur Diyana Abdul Hamid~

Brothers – Doa Perpisahan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua
Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu 

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu





Saturday, 14 July 2012

Assalammualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh. .
Rasanya dah lama tak update,hampir sebulan.insyaAllah just for sharing today.:) 


  #~ When children have knowledge of the deen, they can lead their parents to Jannah.~ 




Tak selalu kita dengar  ungkapan sedemikian.Tetapi di dalam senikata ungkapan tersebut terungkai satu makna.anak2 lah yang menjadi tali asas tunjang ibu bapa ke syurga Allah s.w.t.Anak2 merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai dan ibu bapa adalah permulaan bagi seorang anak.Kedua-duanya saling melengkapi .Tanpa ibu siapalah kita tanpa ayah dimanakah kit?.Kesimpulannya sebagai seorang anak,kita haruslah menyayangi mereka dengan seadanya walaupun didalam diri tersimpan sekelumit  perasaan marah,tidak puas hati,benci dan sebagainya atas sebab tertentu.Mungkin bukan niat mereka untuk menyakiti kita.sebagai manusia,kita tidak lari  dalam melakukan kesilapan.Even anak2 sendiri yang melakukan kesilapan dengan melukakan hati mak dan ayah.Tetapi pernahkah mak dan ayah bencikan anak2 mereka?Pernahkah mereka mengabaikan tanggungjawab mereka?Tidak.Tiada seorang pun ibu bapa yang melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.Ini kerana mereka yakin anak2 ini lah yang menjadi asset untuk mereka ke  syurga Allah kelak.Tetapi,adakah anak2 masa kini sedang memimpin tangan ibu dan ayah mereka ke syurga dengan menggunakan tarbiah yang mereka perolehi ataupun sedang memimpin mereka ke neraka?Renung2 kan. .






Menurut sumber yang saya perolehi,hampir 90 peratus ayah2 pada masa kini menjadi dayus secara tidak langsung mahupun secara langsung.Ini adalah kerana mereka meremehkan perkara2 yang kecil dan akhirnya akan memudaratkan diri mereka sendiri.Sebagai contoh,dengan membiarkan anak perempuan mereka keluar rumah tanpa menutup aurat  juga dikira sebagai dayus.Malah,membenarkan  anak perempuan keluar berdating dengan teman lelaki yang bukan mahramnya juga dikategorikan sebagai dayus.Apalagi jika membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia,mentor dan sebagainya boleh menyebabkan mereka tergolong dalam golongan dayus.MasyaAllah.kasihannya ayah kita terpaksa menanggung segala dosa2 yang kita lakukan malah dikategorikan sebagai DAYUS.Anak2 yang diharapkan menjadi batu loncatan untuk bertemu dengan Allah sebaliknya mengheret mereka sedikit demi sedikit ke neraka jahannam.Kesimpulannya sebagai seorang anak janganlah kita melakukan perkara yang boleh menyebabkan  ibu atau ayah menanggung derita di akhirat kelak.Tegar kah kita melihat mak dan ayah terseksa sedangkan kita hanya melihat dan enggan berubah.Sebaik2nya,doakan lah moga kita tergolong daripada golongan yang yang masih teguh memimpin mak dan ayah ke syurga Allah dan senantiasa berada di dalam tarbiah Allah.InsyaAllah.sesunggguhnya tidak sukar menjadi baik dan tidak susah menjadi jahat.wallahualam.we have dare to be different and change or never.












Sunday, 27 May 2012

Assalammualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh. .

TODAY LESSON:) hehe,just 4 sharing.insyaAllah. .

Perkongsian yang dapat dari taalim merangkap usrah pagi tadi . .hganya mampu bagi point je.miyanae!!!

#First yang kira dapat di catch up ialah tentang solat khusyuk dan tawaduk. Solat kita seharusnya dijaga dengan sempurna dari segi zahir mahupun batin.kalau kita dapat jaga solat dengan sempurna,insyaAllah ganjaran yang Allah bagi pasti sempurna.Apa yang  dapat diringkaskan melalui perkongsian tadi ialah ganjaran Allah sentiasa ada,tetapi terpulang kepada kita sendiri untuk meraihnya.



#Seperti yang di sharing oleh sorang mak cik tadi,juga kira yang dapat di catch up. .Tapi ingat2 lupa.Its about istiqamah.Istiqamah maksudnya secara berterusan.Dalam melakukan usaha dakwah,sememangnya kita perlu istiqamah dalam segala hal.Tak kira lah dari segi ilmu yang dituntut,ataupun yang dikongsikan.Malah,amalan2 seharian juga memerlukan istiqamah.Jika tidak,it will be nothing to you. .percayalah,sedangkan seorang student pun perlu istiqamah dalam menuntut ilmu instead berdoa kepada Allah swt untuk mendapatkan keputusan cemerlang.So,jom kita sama try untuk sama2 istiqamah dalam melakukan sesuatu.Tak kira lah dalam usaha dakwah or menuntut ilmu especially ilmu Allah swt.


InsyaAllah,sesi perkongsian ini akan disambung kemudian,dengan topik. .
#~ When children have knowledge of the deen, they can lead their parents to Jannah.~

Alhamdulillah,tadi sempat jugak jumpa dengan jemaah masturat dari Jerantut Pahang. .walaupun mereka dari golongan mak cik2,but i'll more comfortable with them. .tapi malu2 tetap ada.hehe :) tak lupa jugak minta mereka doakan semoga diri ini dipermudahkan dalam menghadapi SPM kelak dan mendapatkan keputusan cemerlang.InsyaAllah. .menurut murabbi kita orang,doa orang yang keluar di jalan Allah insyaAllah akan dimakbulkan Allah. 

Friday, 11 May 2012







Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.


#Harapan tinggi daripada saudara kita & para mujahidin di Syria untuk kita teruskan mendoakan mereka agar disegerakan kemenangan yang dijanjikan Allah,.. tidak cukup dengan berdoa sahaja rakyat Syria juga memerlukan kita untuk menyebarkan berita tentang keadaan mereka disana supaya suara perjuangan mereka ini didengari oleh semua orang Islam di dunia ini,..:)