Saturday, 27 October 2012

Assalammualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh:)

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.Alhamdulillah,semakin cepat masa berlalu.Tup2 tinggal 7 hari lagi nak ke medan pertempuran.Masa yang sangat kritikal untuk mengisi makanan jiwa ke dalam diri.Tapi. .insyaAllah,Allah kan ada^^
Just nak kongsi tarbiah yang saya perolehi dari usrah/halaqah minggu lepas.for my usrahmates,mimin and mira jom revise balik^^

SURAH AL-MASAD
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
BismillahBinasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! 

A002 Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
A003 Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
A004 Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -
A005 Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. 

HURAIAN AYAT
diolah dari Tafsir Ibn kathir
Surah ini disebut juga surah Tabbat, surah ke 111, terdapat 5 ayat. Diturunkan di kota Mekah. Surah ini berkenaan kemusyrikan itu tidak dapat dipertahankan dan tidak akan menang walaupun pendukungnya bekerja keras. Ia mengenai cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasulullah dan keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta, usaha titik peluhnya dan anak-anaknya tidak berguna langsung buatnya bagi menyelamatkannya dari azab neraka.
Al Bukhari merakamkan bahawa Ibnu ‘Abbas menyatakan Rasulullah telah keluar ke lembah Al Batha dan baginda mendaki puncak tinggi…Kemudian baginda berteriak,Wahai kamu semua, mari ke mari!Maka berkumpul semua orang Quraisy mengelilingi baginda, lalu baginda berkataJika aku katakan semua musuh kamu telah bersiap sedia untuk menyerang kamu di waktu pagi ataupun petang, dapatkah kamu semua mempercayai aku?
Mereka membalas,Ya kami percaya!Rasullah menyambung pula.Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran yang telah diutuskan kepada kalian semua sebelum tibanya hari pembalasan kelak.Maka Abu Lahab bersuara:Celakalah kau untuk ini sahajakah kamu kumpulkan kami semua.Maka Allah turunkan surah ini, surah Al Masad, binasalah kedua tangan Abu Lahab hingga akhir ayat. Dalam riwayat lain Abu Lahab berdiri sambil tangannya memegang debu pada tangannya dan berkata, celakalah hari kemudian mu Muhammad, hanya untuk ini sahajakah kau kumpulkan kami semua!
Ayat 1 ditujukan sebagai kata-kata yang mengecam Abu Lahab sendiri dan juga mengenai sifat Abu Lahab. Lelaki ini, Abu Lahab adalah salah seorang bapa saudara atau pakcik kepada Rasulullah. Namanya adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Nama panggilan biasa adalah Abu Utaybahdan dia hanya dipanggil Abu Lahab adalah disebabkan kecerahan wajahnya. Dia sering menyakiti Rasulullah. Dia sangat membenci dan menghina Rasulullah Muhammad dan agama islam yang diajarkan baginda. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Az Zinad bahawa seorang lelaki dari Bani Ad Dil, pernah berkata kepada Imam Ahmad bahawa melihat Rasulullah pada zaman Islam masih lagi asing sewaktu di pasar Zul Majaaz dan baginda telah berkata.Wahai manusia, katakanlah tiada disembah melainkan Allah dan kamu pasti berjaya!
Semua orang telah mengelilingi baginda dan di belakang baginda ada seorang lelaki dengan wajah yang cerah, ….squint dan braid in his hair…lelaki itu berkata:Sesungguhnya dia ini (Muhammad) seorang yang murtad (dari agama kita) dan seorang penipu!
Lelaki ini sentiasa mengikuti baginda kemana sahaja baginda pergi. Maka, saya mula bertanya kepada khalayak, siapakah lelaki yang mengikuti baginda, mereka menjawabLelaki itu adalah pakciknya, Abu Lahab!
Ayat 2 Allah menerangkan segala usaha dan anak pinak Abu Lahab, tidak akan memberi manfaat dan hasil yang baik kepada Abu Lahab. Berhubung ayat ini, Ibnu Mas’ud menjelaskan ayat ini bersangkutan dengan dialog Abu Lahab terhadap panggilan Rasulullah kepada kaumnya untuk tauhid, lalu Abu Lahab menjawabJika benar apa anak saudaraku itu (Muhammad) katakan, aku akan tebus diri di akhirat nanti dengan kekayaan dan anak-anakku.
Ayat 3 menjelaskan Abu Lahab akan dimasukkan ke dalam api yang membakar
Ayat 4, isteri Abu Lahab, Ummu Jamil adalah ketua golongan wanita Quraisy yang berpengaruh. Namanya yang sebenar adalah Arwah binti Harb bin Umayyah, adik kepada Abu Sufyan. Dia ini amat menyokong tindakan suaminya dan kepercayaannya. Disebabkan itu dia menjadi penolong kepada hukuman dan balasan terhadap suaminya sebagaimana Allah dalam ayat 4 ini bahawa dia membawa kayu bakar yang mana kayu-kayu yang diangkatnya menjadi pembakar suaminya di akhirat dan dia juga akan dilakukan seperti itu juga, dibakar dalam neraka. Di lehernya, terdapat rantai yang tersimpul daripada Al Masad, rantai besi yang panas. Diceritakan Ummu Jamil, isteri Abu Lahab selalu menaburkan duri pada jalan laluan harian Rasulullah.
Suatu hari, Ummu Jamil ini telah keluar ke khalayak berdekatan Kaabah dan menjerit:Muhammad itu mengutuk moyang kita, dan agama kita, juga suruhannya itu mengkhianati kita.
Sambil ditangannya ada seketul batu.
Ketika itu, Rasulullah sedang duduk dekat dengan Kaabah dan Abu bakar juga bersamanya. Apabila Abu Bakar melihat Ummu Jamil makin hampir, dia berkata kepada Rasul:Wahai Rasulullah, dia datang ke sini dan aku bimbang dia akan nampak engkau!Sesungguhnya dia takkan dapat melihat aku.Kemudian baginda membaca ayat Quran sebagai pelindung sebagaimana dipesan Allah dalam surah 17 surah Al Isra’ ayat 45 yang bermaksud:Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya Kami adakah antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, suatu dinding yang tertutup.Maka apabila Ummu Jamil tiba sahaja di hadapan Abu Bakar, dia langsung tidak melihat Rasulullah. Sedangkan Rasulullah hanya di sebelah Abu Bakar ketika itu. Ummu Jamil tika itu berkata,Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan kawan kamu itu (Muhammad) telah mengucapkan syair yang buruk mengenai aku.Tidak, demi tuhan rumah ini (Kaabah) baginda tidak berbuat begitu padamu.Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang tawaf (mengelilingi) Kaabah sambil berkata:
Sumpahan akan terkena pada orang yang berkata buruk.

KEMANISAN IMAN
  • mencintai Allah dan Rasulnya.
  • tidak mencintai seseorang melebihi cintanya kepada Allah dan Rasulnya.
  • tidak berpatah balik kepada kekufuran yang lampau. 
#manis ukhuwah berasaskan iman yakni perhubungan yang erat kerana Allah Taala. 
SURAH AL KAUSAR
  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ  
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
 Maka dirikanlah shalat karena Rabb-mu dan berkurbanlah. 
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ 
 Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu, ia adalah yang terputus (dari rahmat Allah)
HURAIANNYA

Di dalam mukadimah surah 108 ini, dinyatakan dua pandangan yang bertentangan tentang zaman dan tempat nuzul surah, sama ada di Makkah atau di Madinah, masing-masing mempunyai hujah dan alasan kuat.  Tafsir ini berpandangan nuzulnya di Makkah lebih kuat lagi kerana ayat-ayatnya pendek, iramanya menyentuh jiwa, sebutan perkataannya lembut, tetapi bidasannya tajam sesuai dengan propaganda kaum musyrikin yang melemparkan berbagai-bagai tuduhan terhadap Nabi saw.  Uslub surah sama dengan usulub surah-surah Makkiyah yang lain dan isu propagandanya jelas dikekang adat Jahiliah. Atas dasar nuzulnya di Makkah tafsir ini mengambil pendekatan untuk mentafsirkan tiga ayat seterusnya.

Anugerah dan Kesyukuran

Surah yang mengandungi tiga ayat yang pendek ini membicarakan nikmat anugerah Allah kepada Nabi Muhammad saw.  Antara nikmat yang agung  ialah al-Kawthar, iaitu sebuah kolam yang sangat istimewa di syurga. Persoalan yang dibangkitkan di sini ialah adakah Nabi yang dianugerahkan al-Kawthar itu  boleh disifatkan sebagai abtar terputus keturunan dan tidak dikenang lagi selepas kwafatannya atau mereka yang bencikan Nabi Muhammad itu sebenarnya yang terputus dan tidak dikenang orang.  Nabi saw bersyukur kepada Allah atas nikmat yang melimpah-limpah ke atasnya, lalu baginda bersolat dan berkorban dan suluruh umatnya juga di kehendaki bersyukur dan sedia berkorban atas penganugerahan nikmat yang besar itu kepada Nabi Kita Muhammad saw.

(108: 1)           Anugerah nikmat al-Kawthar adalah bukti bahawa Nabi saw sebenarnya  penyelamat umat dan pembawa barakah yang tetap dikenang selama-lamanya.
[108: 1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat yang banyak.

Perkataan  كَوثَرْ dari segi bahasa ertinya sangat banyak. Ia diambil daripada perkataan  الْكَثِير ertinya banyak.   Orang Arab sering menggunakan perkataan dalam bentuk ini bagi menunjukkan bilangannya banyak seperti  نَوفَلْ  yang diambil daripda perkataan نَفْل ertinya banyak tambahan.  Perkataan جَوهَر  diambil daripada perkataan   جَهْر ertinya sangat nyaring.Banyaknya nikmat yang dimaksudkan dengan perkataan al-Kawthar membawa erti banyaknya  nilai yang memenuhi semua tempat dan kawasan, bahkan pada liku-liku hidup baginda dan umatnya dilimpahi nikmat itu.  Baginda serbagai seorang Rasul dianugerahkan zuriayt yang salih dan berpanjangan, kemudian dianugerahkan pula  umat yang besar,  ramai dan membanggakan hingga menjadi  sebutan yang baik di sisi Allah dalam majlis yang dihadiri para malaikat dan seterusnya dianugerahkan syafaat dan kolam air di mana padanya baginda mengalu-alukan kedatangan umatnya sebagai tetamu Allah sebelum mereka dibawa ke syurga.Sayyid Qutb telah memilih erti yang terbaik dariopada beberapa erti al-Kawthar  apabila menyebutkan ertinya ialah sebuah sungai di dalam syurga yang dikurniakan kepada Rasulullah saw, erti ini juga didukung oleh Abdullah ibn Abbas dalam riwayatnya yang menyatakan al-Kawthar ialah nikmat yang melimpah-limpah, termasuklah sebuah sungai di dalam syurga. Tafsiran ini sangat munasabah dengan keterangan al-Qur`an[900]. Justeru perbezaan Mufassirin tentang al-Kawthar hanya pada sebutan bukan pada mafhum al-Kawthar yang sebenarnya.  Berikut ini disebutkan sebahagian daripada erti al-Kawthar yang begitu banyak:Al-Kawthar menurut pendapat `Aishah, Ibn Umar, Ibn `Abbas dan Ja`far al-Sadiq ialah sebatang sungai di syurga. Menurut `Ata` dan Anas ibn Malik al-Kawthar ialah sebuah kolam yang dianugrah Allah kepada Nabi Muhammad saw dan juga tempat Nabi saw menyambut kedatangan umatnya sebelum di bawa ke surga. Ibn Abbas, Sa`id ibn Jubayr dan Mujahid berpendapat al-Kawthar ialah kebajikan yang melimpah ruah.  `Ikrimah berpandangan al-Kawthar ialah  nubuwwah.  Al-Hasan al-Basri berpendapat al-Kawthar ialah al-Qur`an. Abu Bakr ibn `Ayyash berpendapat al-Kawthar ialah ramainya sahabat dan pengikut.  Sebahagian besar ulama dan Mufassirin pula berpendapat  al-Kawthar ialah ramainya zuriat dan keturunan[901].  Sebahagian Ulama meneruskan bilangan erti al-Kawthar hingga 26 erti. Bagaiamanapun pendapat yang arjah al-Kawthar ialah sebatang sungai di syurga seperti yang diriwayat Ibn Abbas.

Dalam hadis meriwayatkan daripada Anas ibn Malik, katanya: Sabda Nabi saw.  Tatkala aku diangkat ke langit, lalu aku dibawa ke sebatang sungai,  di tepai sebelah kiri dan kanan sungai itu ada beberapa kubah yang  kosong, lalu aku bertanya Malaikat Jibril:  Apakah itu wahai Jibril?  Jawabnya: Itulah kolam al-Kauthar jawab Jibril.[902]

(108: 2) Nikmat-nikmat tidak dirasai sepenuhnya tanpa mengenali siapa penerima dan siapa pemberi nikmat.  Seseorang yang tidak mengenali Allah bukan sahaja tidak mampu bersyukur, tetapi berusaha memusnahkan nikmat yang diterimanya, lalu rosaklah keamanan yang salama ini melimpah ruah, musnahlah kesihatan yang dipelihara dan hancurlah perpaduan yang selama ini terjalin erat.

[108: 2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.

Al-Qur`an dan kerasulan Nabi Muhammad saw adalah dua nikmat yang besar kerana menerusi nikmat ini manusia terpimpin ke jalan yang lurus, jalan hidup yang sejahtera di dunia dan akhirat.  Tetapi mungkinkah orang yang tidak mengenali Allah akan mengikuti bimbingan Nabi Muhammad dan pedoman al-Qur`an?   

Jalan yang dipimpin al-Qur`an ialah jalan salat dan zakat.  Jalan ini meluruskan hubungan antara manusia dengan Tuhannya, zakat pula melicinkan hubungan mereka dengan manusia.  Justeru Allah berfirman supaya menunaikan salat dan berkorban.

Semakin bertamabah sembahyang dan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang hamba Allah, semakin erat  pula hubungannya dengan Allah dan semakin bertambah pula nikmat yang diperolehi hingga diungkapkan nikmat itu dengan al-Kawthar.

Kebanyakan mufassirin menyatakan maksud sembahyang di sini ialah sembahyang hari raya haji, manakala korban pula maksudnya ialah sembelihan korban. Ada pendapat menyatakan sebahyang itu ialah sembahyang Subuh di Muzdalifah dan ada juga pendapat mengatakan semua sembahyang fardu. Ibn Kathir mentarjihkan sembahyang hari raya dan sembelihan korban[903].  Ini kerana sabda Nabi saw riwayat al-Bara Ibn `Azib ra katanya:

خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ‏‏ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَوْمَ النَّحْرِ ‏ ‏بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَالَ ‏ ‏مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا ‏‏ وَنَسَكَ ‏‏ نُسُكَنَا ‏ ‏فَقَدْ أَصَابَ ‏‏ النُّسُكَ ‏ ‏وَمَنْ ‏‏ نَسَكَ ‏قَبْلَ الصَّلَاةِ فَتِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ فَقَامَ ‏ ‏أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ ‏ ‏فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَاللَّهِ لَقَدْ ‏ ‏نَسَكْتُ ‏ ‏قَبْلَ أَنْ أَخْرُجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَعَرَفْتُ أَنَّ الْيَوْمَ يَوْمُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَتَعَجَّلْتُ فَأَكَلْتُ وَأَطْعَمْتُ أَهْلِي وَجِيرَانِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏‏ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏تِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ فَقَالَ إِنَّ عِنْدِي ‏ ‏عَنَاقًا ‏ ‏جَذَعَةً ‏ ‏وَهِيَ خَيْرٌ مِنْ شَاتَيْ لَحْمٍ فَهَلْ تُجْزِئُ عَنِّي قَالَ نَعَمْ وَلَنْ تُجْزِئَ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ[904]

       Terjemahan: Rasulullah saw. menyampaikan khutbah kepada kami pada hari raya korban selepas menunaikan sebahyang hari raya, lalu bersabda:  Sesiapa menunaikan sembahyang seperti sembahyang kita dan menyembelih korban seperti korban kita, maka betul korbannya.  Sesiapa menyembelih korban sebelum sembahyang maka sembelihan itu hanya  untuk di makan dagingnya.  Lalu bangun Abu Burdah Ibn Niyar dan berkata:  wahai Rasulullah!  Demi Allah Sesungguhnya aku menyembelih korban sebelum keluar untuk menunaikan sembahyang, aku tahu bahawa hari ini ialah hari menjamu selera dengan makan daging.  Sabda Nabi:  Kambing kamu itu ialah kambing untuk makan dagingnya sahaja.  Abu Burdah bertanya lagi:  Sesungguhnya aku mempunyai seekor lagi anak kambing yang aku sayanginya, bolehkah aku korbankannya?  Sabdanya:  Boleh untuk kamu sahaja tetapi tidak boleh untuk orang selainmu

            Tafsir Pedoman berpandangan, apa pun yang di maksudkan dengan salat dan korban di sini membawa erti pernyataan syukur atas nikmat al-Kawthar yang disebutkan di dalam ayat pertama dahulu.  Demikian juga dengan korban, sama ada bermaksud korban yang dilakukan pada hari jemaah haji berlumpul di Mina atau lain-lain, fungsinya sama sahaja iaitu menyucikan hati supaya tulus kapada Allah.

(108: 3) Nikmat al-Kawthar yang dianugrahkan kepada Nabi saw itu sungguh banyak dan besar.  Nabi saw pernah dikepong dan menghadapi cubaan untuk dibunuh, sahabat-sahabatnya diseksa, namun hari demi hari menyaksikan musuh-musuh Nabi Muhammad itu sebenarnya yang abtar  atau semakin pupus.
[108: 3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus.

Perkataan  شَانئ ertinya musuh yang sangat marah.  Perkataanأبْتَرْ  ertinya terputus keturunan atau terputus kenangan selepas kematiannya. Orang yang memusuhi Nabi ialah mereka yang mendustakan kerasulannya, menolak dakwahnya, tidak beriman kepada Allah, Rasul dan hari Akhirat, Mereka ini jauh dari rahmat Allah, terputus dari nur dan hidayat, hidupnya sia-sia dan menunggu kebinasaan.Beberapa riwayat menyatakan orang yang dikecam dengan penurunan ayat ini ialah  al-`As ibn Wa`il, atau `Uqbah ibn Abu Mu`ayt, atau Abu Jahl atau Abu Lahab  kerana mereka mengaibkan Nabi saw dengan kematian dua anak lelakinya, iaitu al-Qasim dan Abdullah, baginda tidak mempunyai anak lelaki selain mereka, dengan itu keturunan Nabi daripada anak lelaki terputus atau disebut mereka dengan abtar.  Ini adalah satu keaiban pada mereka meurut tradisi Jahiliah.  Riwayat ini kalau pun sahih, ia menunjukkan surah diturunkan ketika mereka berbincang isu ini.  Riwayat itu tidak bermakna menjadi sebab turunnya ayat berkenaan kerana tujuan turunnya surah ini jauh lebih besar dari tujuan menjawab tuduhan beberapa musyrikin Quraisy yang suka bermain dengan isu yang remeh temeh ini, walapun kaum Quraisy memandang besar kepadanya.


Kolam Nabi di Akhirat

Allah swt memuliakan Nabi saw di Akhirat lalu menganugrah kepadanya al-Hawd (kolam) yang  begitu besar, airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih wangi dari kasturi, gayungnya lebih banyak dari bintang di langit. Sumber air ini datangnya dari sungai al-Kawthar yang dianugrah kepada Nabi di syurga. Nabi bersabda: “Sesiapa meminum seteguk airnya, tidak akan dahaga buat selama-lamanya”.
Ulama berbeza pendapat tentang di mana tempatnya.  Al-Ghazali dan al-Qurtubi menyatakan tempatnya sebelum menyeberangi titian al-Sirat.  Mereka berhujah dengan alasan ada ahli neraka  yang ditangkap ketika sedang menyeberangi sirat untuk dibawa ke neraka. Andainya al-Hawd selepas menyeberangi al-Sirat nescaya tiada tangkapan lagi.Ibn Hajar menzahirkan mazhab al-Bukhari, al-Hawd berada selepas menyeberangi al-Sirat kerana al-Bukhari menyebut hadis-hadis al-Hawd selepas hadis-hadis al-Shafa`ah. Pendapat al-Ghazali dan al-Qurtubi lebih arja.

Pengajaran dan Saranan.

1:Allah memberi nikmat yang begitu besar kepada nabi Muhammad s.a.w.  sama ada di dunia dengan nikmat al-Quran atau diakhirat dengan nikmat sungai al-kawthar.
2:Nabi s.a.w. diperintah menunaikan sembahyang sama ada yang fardu atau yang sunat, semata-mata kerna mengharapkan keredaan Allah.
3:Pendusta-pendusta terhadap Nabi saw tidak mendapat sebarang keberkatan di dunia dan akhirat.  Kematian mereka memutuskan segala-galanya, nama mereka tidak dikenang dan tiada sebarang tinggalan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.
4: Kerja-kerja dakwah kepada kebenaran dan kebajikan tidak putus kerana ia sentiasa mempunyai pertalian yang kukuh dengan Allah Yang Maha Hidup dan  Maha Kekal. Hanya kebatilan dan kejahatan sahaja yang terputus, walaupun dalam sesetengah keadaan kelihatan umurnya panjang dan akar-akarnya menunjang jauh.
5: Keterangan yang berulantg-ulang tentang menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang-binatang korban dan pengharaman makan binatang-binatang yang disembelih bukan atas nama Allah menunjukkan betapa besarnya perhatian agama Islam terhadap pembersihan pemikiran  dari kesan-kesan syirik dalam segala bentuk dan rupanya.
NOTA KAKI:
  • Surah Al Kausar diturunkan selepas surah ke 100.surah Al Adiyat.
  • Rasulullah pengsan semasa menerima surah ini.
  • Surah ini diturunkan untuk menenangkan Rasulullah setelah kematian ketiga2 anak lelakinya iaitu Ibrahim,Abdullah dan Kassim
  • Nikmat Allah kepada Rasulullah ialah: 
  • Agama islam sebagai agama pembuka dan penutup
  • Kenabian
  • Risalah yang benar yakni Al Quran yang membawa kebaikan dan
  • Kebaikan dunia dan akhirat
ANAS BIN MALIK

Anas bin malik adalah anak angkat kepada Rasulullah.merupakan golongan ansar di madinah.Menjadi anak angkat kepada Rasulullah sejak berusia 10 tahun sehingga lah kewafatan Rasulullah.Ibunya,Ghumaisyo' menyerahkan Anas kepada Rasulullah tanda bukti cintanya kepada Rasulnya.Rasulullah memberi gelaran Unais kepada Anas.Anas juga dikenali sebagai Al Anshori. Hari yang menjadi kenangan dan memggembirakan bagi Anas adalah sewaktu kedatangan Rasulullah ke Yathrib iaitu Madinah.
Doa murah rezeki dan panjang umur. (Dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA)

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْهِ.
Maksudnya: Ya Allah, banyakkanlah hartanya, anaknya dan berkatilah apa yang engkau kurniakan padanya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)Kesan daripada doa tersebut, Allah telah panjangkan umurnya, mempunyai anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah, hartaku sangat
 banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.” 
NOTA KAKI:
  • Anas Bin Malik merupakan perawi hadis ketiga yang terbanyak.
  • Menjadi rujukan umat islam.
  • Menyampaikan apa yang disampaikan oleh Rasulullah.
  • Hari yang sedih baginya adalah sewaktu kewafatan Rasulullah.
ILMU TAUHID
Ilmu tauhid bermaksud ilmu Allah S.W.T iaitu ilmu yang mendedahkan kebatilan orang kafir dan kebenaran islam. Perkara yang dibahas di dalam ilmu tauhid ialah tentang enam rukun iman;
  • Beriman kepada Allah
  • Beriman kepada Malaikat
  • Beriman kepada Kitab(Al Quran)
  • Beriman kepada Rasul
  • Beriman kepada hari Akhirat
  • Beriman kepada Qadak dan Qadar.
Mempelajari ilmu tauhid adalah wajib untuk umat islam yakni fardu Ain.Al Quran merupakan kitab tauhid yang terbesar.Tujuan ilmu tauhid dipelajari adalah untuk mengetahui tujuan hidup di dunia.

#semoga bermanfaat^^
 

No comments:

Post a Comment