Its all about my life and tarbiah as a mujahidah fisabilillah. .^^just for sharing:)
Tuesday, 1 May 2012
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. .
Tanpa kita sedari,perjalanan hidup semakin panjang dan liku-liku yang hadapi semakin tebal ranjaunya..Adakah dalam kalangan kita merasakan semakin usia meningkat semakin itulah kita rasa hidup terlalu sukar?Saya sebagai seorang remaja yang baru menjangkau 17 tahun juga pernah merasakan.Tetapi hakikatnya,setelah difikir-fikir kembali,sebenarnya Allah telah menjanjikan kepada hamba-hambaNya yang beriman sesuatu yang indah dan sukar untuk digambar.Subhanallah. .Tetapi,untuk mencapainya bukannya mudah.Ibarat seorang pelajar yang berusaha sedaya upaya untuk mendapat keputusan cemerlang.Begitulah juga sebagai seorang hamba yang mendambakan keredhaan penciptaNya.Tanpa usaha,adakah kita layak untuk mendapat keredhaan Allah?Semestinya tidak,kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah dan berubah seperti yang disebut dalam firmanNya.Mengikut pengalaman saya sebagai seorang pelajar yang baru dalam mencari ilmu Allah,sememangnya sukar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar sesuatu.Tetapi,tidak mustahil jika kita tetapkan target sedikit demi sedikit dan cuba untuk menentang sedikit rasa cepat putus asa yang kadangkala membelengu diri.InsyaAllah,apa yang kita usahakan pasti akan membuahkan hasil.Walaupun sedikit,tetapi nikmatnya,Subhanallah. .terlalu sukar untuk ditafsir.Dalam mencari ilmu Allah,sangat-sangat memerlukan kesabaran.Kesabaran itu seperti menanti hujan untuk reda.Begitulah juga kita.Untuk menjadi daie yang osem,kesabaran itu perlu hadir kerana seorang hamba yang bertakwa akan selalu diuji oleh Allah s.w.t.Ujian yang diturunkan oleh Allah bukan untuk menyiksa hamba-hambaNya,tetapi itu adalah bukti kasih sayangNya yang sebenar-benarnya. Doa yang paling berkesan bagi seorang pelajar seperti saya ialah apabila ditimpa musibah,minta terus kepada Allah.Kerana kita perlu yakin,Allah s.w.t sentiasa membuka telinga untuk hamba-hamba yang sering mengadu kepadanya.Walaupun,tiada apa pun yang berubah.Tetapi yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.InsyaAllah. .Kerana janji Allah itu pasti dan hamba-hambaNya mempunyai hak ke atasnya.Marilah kita bina jati diri seorang remaja yang sentiasa berusaha mengejar redha Allah disamping mencari ilmuNya seluas-luasnya.InsyaAllah. .:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment